RM0.00
Rutin Runner Tutup Hutang & The Team

Rutin Runner Tutup Hutang & The Team

kerja nak tutup hutang ni bukan semudah dibaca kat posting fb saya (ramai yang tak tau cerita disebalik tabir kami) Saya x suka cerita kesusahan dan tekanan kerja kami tapi rasanya boleh lah share sikit supaya faham jerih payah kami dibelakang tabi

Ramai staff syarikat terlibat hampir 25 orang tak termasuk agent2 dilapangan.. mereka2 ini yang ambil bahagian secara langsung atau tak langsung utk setiap kes..

Dari mula2 client duk baru2 nak tanya.. masa ni kerja kami bermula.. yg tanya kat pm dan text.. kena layan pertanyaan client kadang2 berbulan2 text baru boleh mulakan deal secara rasmi.. lebam2 jari reply text sorang client jer pun.. pas tu baru masuk fasa calling2.. berbuih gak mulut nak explain hanya untuk menjelaskan kami bukan Scammer.. satu kerja pulak nak terang scammer atau bukan scammer.

Pas tu bermula la urusan secara rasmi bila dokumen sampai kat opis.. dah mula kena buat profile analisis setiap apa yg pelanggan ada.. macam Ujudkan Suruhuanjaya Tribunal kes setiap client.. nak kena analisis gaji client.. pasangan client.. aset depa nak semak MV.. nak semak baki.. nak kena dapatkan semua detail property.. kalau ada 7 biji rumah.. 7 unit nak kena semak mv dan baki hutang.. check aset2 miliki mak pak.. anak2.. epf.. tu lum kira client yg ada 4 isteri.. kena semak kelayakan loan setiap isteri dan aset mak pak isteri aset2 kat malaysia dan aset2 depa seluruh dunia.

Dapat semua maklumat mula la sesi pecah pala sebenar berlaku kena pikiaq.. pikiaq.. pikiaq.. pikiaq… pikiaq… pikiaq.. abih gak la A4 dlm 10-20 lai utk conteng perancangan tutup hutang sorang2 client. Dah pikiaq baru boleh cadangkam kat client.. tetiba masa bentangkan kat client ada pulak penambahan aset baru.. pikiaq pula semula.. humanggaiiii masa ni rasa awat la saya x belajar rajin2masa tadika dulu.

Urusan peguam.. bukan semua peguam yg faham dengan modus operandi syarikat.. kena cari peguam yg agrasive dan gila macam kami.. dapat peguam skema.. jemmmm

Urusan dengan bank kadang2 satu kes sampai nak boleh lulus loan kena usung merata dan panjat tangga bank.. bukan semua bank senang2 accept.. mungkin bank ke 5 baru loan lulus mcm amount yg client nak ..lum kira kalau client ada problem ngan masalah CTOS CCRIS.. High komitmen.. SAA.. RamC.. nak kena pecah pala pulak dulu utk settle part ni.. x settle loan x leh submit bank..

Urusan lppsa pun satu hal (sedangkan client kalau saja2 call nak tembus line lppsa kena try berpuluh2 kali.. bayang la yg kami nak mewakili ribuan pelanggan)

Urusan dengan valuer satu proses lagi (kadang2 pelanggan nak value tinggi kena try dengan bbrp valuer baru lepas) ..ingat bagi kat valuer terus on ke beb.. x de der bertuah deal ngan satu valuer terus dapat MV yg baik.. jenuh panjat tangga pejabat jurunilai untuk merayu bagi pihak pelanggan untuk dapat value tinggi.. demi kepuasan pelanggan.. melainkan amik MV yg paling rendah.. client nak ke MV rendah?)

Lum kira kena ligan pejabat SUK lagi kalau kes2 yg ada consent/sekatan..kat kedah nak pelepas consent.. makan dia paling cikai setahun lebih baru nak settle… ( ada yg sampai 2 tahun.. 2 tahun ni kalau ada isteri dah boleh 2 kali bersalin)

Urusan Pejabat Tanah pun satu hal yg nampak cam senang.. tapi kalau x kena gaya tercirit nak bagi settle.. nak2 kalau isu status hartanah ada yg x kena atau nak ubah syarat dan lain2..ada yg makan 2 tahun khususnya nak tukar syarat.. 2 kali beraya isu tanah x settle2..

Ada kes yg libatkan Pusaka.. kena pulak deal ngan Pusaka Kecil Pejabat Tanah. . ada yang melibatkan pihak ke tiga.. ke empat lagi.. tu lum kira nak nyetelkan kes berlapis.. kena kes kematian berlapis boleh lari keluar pintu belakang office bila setiap kali pelanggan datang opis utk tanya kes depa.. fuyyo.. ramai beb yg perlu kami berurusan utk kes2 kematian berlapis.. yg pelanggan pula hari2 yg depa tau tanya.. bila nak settle? bila nak settle? .

kadang2 satu2 kes loan client sampai 6-18 bulan nak menghadap sampai semua urusan settle..tu lum kira ada segelintir owner yg pagi petang siang malam duk ligan selama 6 bulan ke 12 bulan atau sehingga kes settle.. lum amik kira ada segelintir client yg jenis mulut laser kerja nak sumpah seranah lagi.. bila dah selesai kes dia… krik.. krik… Allahu

Tak kira nak pikiiaq cari jalan nak nyetelkan hutang client yg beratus ribu utk seseorang.. kalau ada beribu orang? .. brp keping panadol nak kena telan utk settlekan satu2 kes.. sampai ada yang pegawai keguguran baby sbb stress kerja.. idea tutup hutang pulak bukan boleh bagi cadangan ikut dan.. kena hati2 supaya x silap bagi cadangan dan merugikan client.. Ada juga nak bagi cepat settle.. staff sanggup pukul 12 malam p pejabat lawyer atau jumpa lawyer nak minta SNP siap cepat nak bagi loan lulus cepat2.

Selagi tak selesai kena tadah telinga tunggu apa client nak. kata.. bank nak komen.. lawyer ligan.. jurunilai nak kata.. pusaka kecil punya jawapan..LPPSA punya kelulusan.. hari2 kerja tadah telinga dan jantung dah berdegup macam katak bulan tarik nafas takut kes client kena reject atau x dpt kelulusan seperti kehendak client. Kalau reject pishanngg la beb kena ulang dan repeat semula proses macam orang baru kena air ketum 5 gelas.. melelong nak ulang semula proses…tension beranak kadang2 x seteruk tension nak urus settlekan hutang seseorang.. kalau x tension mesti client dah lama x de hutang tu dan dah buat sendiri.. mai cari kami tu maknanya depa dah buntu dan x de tempat yg boleh bantu.

Tak kira lagi silap bagi advice client nak saman.. perhhh mmg kalau x tahan daulat buat kerja proses tutup hutang client.. rasa nak p meniaga ayaq balang atau jual ayaq ketum secara online jer mungkin lagi mudah..

Naratifnya.. kami ke hulu ke hilir hanya secebis rezeki dan utk bantu orang lain tutup hutang.. ngeh2 bukan hutang kami.. hutang orang lain nak p bagi settle.. sampai hutang diri sendiri pun x de masa nak p settle.. bila ending dia dah berjaya.. tetiba pelanggn buat perangai bukan saya sorang yg letih.. ramai orang akan rasa letihnya.. kalau x de iman mau jer nak p duk atas jambatan pulau pinang.

Paling sadis.. dapat client yang jenis kes settle tapi x mau bayar.. reputasi kami tercalar dipihak peguam dan bank.. depa akan kata kami yang main2 dan semua pihak yg kami deal tadi.. bila client dengan muka selamba dan tanpa rasa ada dosa kata : en rg.. boleh hold x proses loan saya yg dah lulus tu.. perhhh masa ni dan2 rasa nak google Bomoh Santau mana yg paling bagus kat Malaysia.

Kadang2 bila RG masuk ke bilik unit proses THC pukul 3 – 4 pm.. nampak roti canai.. nasi lemak beli utk makan breakfirst tapi depa x makan lagi sebab x sempat nak makan.. sudahnya breakfirst pukul 4pm… sedih tengok staff pulun buat kerja demi untuk pelanggan.. yg pelanggan dah sedap2 bedal 4 kali makan dari pagi kat tempat depa.

Tu jer nak habaq nasib seorang runnner tutup hutang & team TutupHutang yg nak cari secebis rezeki sekaligus bantu pelanggan dia dapat kebebasan kewangan…

Bukan saya ceritakan rutin kami ni untuk menagih simpati atau mengeluh.. kami bersyukur kepada Allah swt dapat buat kerja ni dapat cari rezeki dan dapat bantu orang lain dapat kehidupan bebas kewangan.. cuma nak share sikit camne kami bertungkus lumus dan pecah pala hanya nak tengok orang lain tersenyum sebab hutang depa settle.

Bukan senang nak senang beb.. so client be nice to us… pleasee.. tq

wallahualam.. Tq Allah atas pengalaman yang tak ternilai ini.

Untuk semua Team TutupHutang anda semua memang brutal dan hati kental.. x semua oranga mampu bertahan kerja dlm tekanan kerja sebegini.. rasanya jadi CEO bank pun x susah camni.. anda bbrp puluh orang dalam 37 juta rakyat Malaysia.. bravoo..!!!

Tapi bila sembang phone ngan saya atau team saya.. anda akan dengar kami gelak2 jer.. sebab kami amalkan gaya hidup “life is simple” buat sekadar mampu disulami kejujuran.

#runnerRG
#pakartutuphutang
#TEAMPECAHPALA
#teamtutuphutangTHC

* sekian.. nanti nak buat novel “Kisah Seorang Runner Tutup Hutang”
*persilakan share tq

Leave a Reply