RM0.00
Rumah kena lelong sebab hutang

Masa duk ronda2 melihat projek jalan oleh kerajaan untuk projek pembangunan perumahan berhampiran dengan tanah milik Syarikat Mega Group berhampiran lapangan terbang Sultan Abdul Halim tetiba phone RG berbunyi dengan lagu ring tone Bazooka Penaka dari kumpulan wings.

“assalamualaikum.. En radzi ke ni.. Saya puan ina dari melaka.. Saya nak mohon bantuan en radzi sebab rumah ayah kami yang kami duduk sekarang bakal di lelong lagi 14 hari” agak panjang pengenalan diri si pemanggil (puan ina dan nama Negeri bukan nama sebenar)

“wsalam puan.. Ye saya.. Jadi puan nak saya bantu camne?” balas saya

“tolong la en radzi bantu saya dan keluarga saya selamatkan rumah kami dari kena lelong.. Mak saya pun tak sihat ada stroke.. Kalau rumah kami kena lelong.. Mana la kami nak duduk” suara puan ina menjelaskan keadaan dan bercampur sebak nak nangis

” Allahu.. Tak pe istighfar banyak2.. Bawa bertenang.. Calm down” RG cuba mententeramkan beliau sambil keluar sepatah2 BI walaupun itu jer yg RG tahu ayat BI

” camne nak calm down en radzi.. Rumah nak kena lelong ni.. Tolong lah en radzi.. Saya merayu en radzi tolong bantu selamatkan rumah ayah saya dan keluarga saya ni” balas puan Ina

“puan kerja mana? Ayah kerja mana?” Tanya saya memulakan sesi soal selidik

” saya kerja cikgu.. Ayah pesara tentera” balas beliau pantas

” kenapa puan tak beli jer rumah ayah tu” Tanya saya ringkas

” Sebenarnya.. Rumah ni asal nama ayah saya pa’s tu adik saya refinance rumah ni atas nama adik dan sekarang adik dah bankrup” balas puan ina

” alamakkk..” spontan terpacul ayat tersebut dari mulut RG.. Walaupun puan ina dengar RG buat tak tau dalam hati RG kata ni memang bencana besar ni

“kenapa en RG ada masalah ke?” Tanya puan ina gusar

“adik bankrup sebab apa.. Pasal tak bayar loan rumah tu ke” Tanya RG

“Bukan.. Tapi sebab tak bayar personal loan” ujar puan ina

” macam mana nak beli rumah ayah yang nama adik dan adik dah bankrup dan adik pula bankrup sebab personal loan bukan sebab loan rumah tu.. Camne nak beli rumah dari orang yang dah disitiharkan bankrup.. Orang dah bankrup mana boleh jual harta” ujar RG panjang lebar

” huhuhuhuhuhu… Tolong la en radzi.. Saya merayu selamatkan rumah ayah saya” drama tangisan makin rancak

“puan.. Sekarang rumah puan nama adik.. Adik dibankrupkan dengan bank B.. Sekarang nama adik dah ada di insolvensi dan yang nak lelong sekarang adalah bank A yang pegang gadaian rumah tu.. Panjang dan kronik kes puan ni” ujar RG

“tolong lah en RG.. Saya merayu sangat2..” makin laju puan ina nangis

“ok baik macam ni.. Saya akan bincang dengan peguam saya yang terbaik yang mahir dalam selok belok insolvensi.. Berapa reserve lelong rumah tu?” Tanya saya untuk kepastian

“RM310k en radzi” ujar puan ina ringkas

“ok.. Sementara saya bincang dengan peguam saya.. Puan kena cari modal RM31k 10% untuk masuk lelong dan kena lawan sampai hangit” RG bagi jalan

“tapi saya tak de RM31k.. Saya cuma ada RM14k.. RM14k pun sumbangan orang ramai lepas saya buat hebahan derma melalui media sosial” ujar puan ina sayu

“huhu.. Berat nanang ni..” getus RG dalam hati

Sementara RG berurusan dengan peguam terbaik yang TutupHutang.Com ada.. Puan ina cuba mencari sumber modal RM17k

4 hari nak lelong phone RG berbunyi lagi sekali nampak no puan ina terpapar di skren hp RG

” assalamualaikum en radzi.. Saya dah dapat RM17k untuk bagi cukup RM31k untuk masuk lelong nanti” ujar puan ina dengan gembira

“wsalam.. Alhamdulillah.. Tahniah puan.. Settle satu bab nak cari depo masuk lelong nanti” ujar RG

” en radzi tahu tak sapa yang bagi saya pinjam duit RM17k tu..” Tanya puan ina sambil nak menguji RG

“tak tau..” jawap saya ringkas

” ada sorang muallaf yang saya tak kenal tapi tau kes saya dan dia yang bagi pinjam atas dasar pertolongan sesama manusia” cerita puan ina dengan seronok

Boommmmm..

” RG rasa macam satu Batu besar jatuh atas kepala bila dengar ada orang bagi puan ina duit RM17k.. Seseorang berbangsa lain dan tak kenal” kata hati.. Hebatnya janji Allah.. Rezeki puan ina tiba tepat pada waktunya.. Buatkan RG rasa kerdil diri ni di sisi yg Esa

” syukur Alhamdulillah.. Allah tak kan hampakan mereka yang berusaha..” ujar RG pada puan ina

Sampailah pada 1 hari sebelum lelong

Hp RG berbunyi dengan lagu Bazooka Penaka dan nampak no puan ina..

“assalam en Radzi..esok en radzi turun tak ke melaka di mahkamah untuk sebutan lelong an kes rumah saya tu.. Saya takut ni.. Saya tak pernah masuk lelong” ujar puan ina

” wsalam.. Eh.. Saya tak janji pun nak pergi.. Tak pe puan pergi jer nanti ada orang akan guide kat sana..” fuhh RG jawab dengan konfiden.. Mentang2 dah masuk bidding lelong banyak kali

” baik en Radzi..tapi saya takut” komen puan ina ringkas

“tak yah takut aihh.. Nak takut apa.. Bukan nak masuk kandang harimau” RG cuba tenteramkan puan ina

Esok tu.. Sekali lagi HP RG bunyi…kali ni lagu lain sebab malam tu RG tukar lagu ring tone Rabbani.. Pergi Tak kembali

” assalamualaikum en radzi.. Nak bagi tau ni.. Alhamdulillah.. Saya menang lelong tu.. Saya sorang jer yg masuk.. Kira single bidder” ujar puan ina seronok

” alhamdulillah.. Tahniah syukur” ujar RG tumpang genbira.. Selesai satu bab

Tibalah Saat.. Bencana bermula betimpa2 dalam proses nak meluluskan loan puan ina.

1. Problem dengan insolvensi
2. Problem dengan LPPSA
3. Problem dengan bank PL adik puan ina tak mau berkerjasama
4. Problem dengan jabatan puan ina
5. Problem dengan JPPH

Pendek kata ada bermacam2 problem. Ikutkan hati isu red-tape buat semua orang jadi sangat lelah.

Apapun selepas hampir 3 tahun kes ni settle selepas peguam turun naik insolvensi.. Meeting dengan beberapa bank yang membankrupkan adik puan ina.

Sehingga loan LPPSA puan Ina nak ambil rumah lelong berjaya. Antara Satu2nya pricident case awal RG and the team arrange beli rumah lelong guna loan LPPSA yang pemilik berdaftar dah bankrup.

Bersyukur dengan adanya Pegawai2 saya yang hebat yang menguruskan kes ni Puan Shida Konsultant serta semua team mate yang memberikan sokongan.. Peguam yang superb dan Puan ina yang sangat2 sabar dan kuat semangat demi maruah AYAH & MAK beliau.. Allahu

Syukur Alhamdulillah.. Bulan ni bulan July kami di maklumkan duit lebihan rumah tersebut yang berbaki RM70k ++ akan dilepaskan oleh insolvensi.

Moral of the story.. Segala apa yang kita lakukan dengan bersungguh2 dan sabar InsyaaAllah Allah akan permudahkan cuma lambat atau cepat rezeki tersebut akan sampai.

Tq Allah atas pengalaman ini.

#runnerRG
#pakartutuphutang
#ayahRG
www.tutuphutang.com

* persilakan share sekiranya ada manfaat dan moral yang baik atas status ini.. Yang baik datangnya dari Allah.. Segala kekurangan adalah khilaf saya sendiri.. Wallahualam

* tersangkut2 sikit nak habis menaip cerita ni.. Sebab banyak sungguh habuq masuk mata masa type story ni sampai tak nampak keypad phone

Jazakallahu Khairan khatira

Leave a Reply