RM0.00
Pelaburan

Bismillah..

#analisaRG

Ramai masyarakat Malaysia terperangkap dalam masalah hutang bila menambah hutang dengan membuat pelaburan hartanah untuk hari pencen diusia muda (salah seorangnya RG)

Pada pandangan RG dari sudut runner

Ada 3 jenis pecahan segmen pelaburan

1. Segmen Pelaburan jangka pendek
2. Segmen Pelaburan jangka sederhana
3. Segmen Pelaburan jangka panjang.

Semua pelaburan kita perlu di manfaatkan mengikut keperluan pecahan segmen pelaburan.

Segmen Pecahan pelaburan jangka pendek adalah khusus kepada pelaburan yang mana manfaatnya dapat di perolehi hari ini.

Contoh

Pelaburan kepada kenderaan
Pelaburan kepada rumah untuk duduk
Pelaburan kepada cash saving.
Pelaburan Takaful

Pecahan segmen pelaburan jangka sederhana pula adalah pelaburan yang kita peruntukkan untuk keuntungan beberapa tahun akan datang

Contoh

Pelaburan ASB
Pelaburan Emas
Pelaburan Saham

Pecahan segmen pelaburan jangka panjang pula adalah satu pelaburan yang dilakukan untuk keuntungan dimasa 10-30 tahun akan datang.

Contoh

Pelaburan kepada rumah ke 2/3 dan seterusnya
Pelaburan tanah untuk kegunaan hari pencen.

Semua pelaburan ini adalah bagus dan perlu dilakukan mengikut tertib dan keperluan.

Sebelum melabur pada pelaburan jangka sederhana lihat dulu ke sempurnaan pelaburan segemen jangka pendek sama ada dah sempurna atau belum.

Sebelum melabur pada pelaburan jangka panjang kaji lah pelaburan jangka pendek dan sederhana kita sudah tertunai ke belum.

Sesuatu yang dilakukan mengikut Pecahan segmen pelaburan mengikut kemampuan InsyaaAllah akan buatkan kewangan kita sentiasa kekal stabil dan tak terbeban.

Apapun duit anda adalah hak anda dimana anda nak laburkan.

Buatlah sesuatu mengikut keperluan dan kemampuan bukan kerana nafsu dan kehendak.

Jangan buat silap macam RG.

Wallahu’alam

Tq Allah

#runnerRG
#pakartutuphutang

rg

*sila share sekiranya bermanfaat

Leave a Reply