RM0.00
Kelegaan yang tidak ternilai

Hari ni RG buat arrangement utk seseorang beli rumah bakal dilelong secara nego tepi.. Owner setuju jual rumah tu kat client RG sebelum hari lelong.

InsyaAllah client RG yang beli rumah tersebut akan sewakan semula kepada pemilik asal pada kadar sewa berpatutan.

Jika Allah izinkan.. bila pemilik asal ni nanti bakal stabil semula kewangan beliau 2 – 3 tahun akan datang.. RG minta pembeli baru jual semula kepada pemilik asal.

” Allahu.. Tak sangka cara ni buatkan saya tak perlu pindah rumah dan saya bakal dapat semula rumah ini satu hari nanti bila kewangan saya kembali stabil..” – Ujar tuan rumah yang rumah beliau bakal kena lelong dengan menitiskan manik2 jernih dipipi beliau sambil di lihat oleh si isteri yang meriba bayi yang saya jangka umur baru menjejak 2 tahun.

Allahu.. Aku bersyukur dan sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Engkau berikan pada ku.. Sesungguhnya pelbagai macam ujian diluar sana yang Engkau sedang uji kepada insan2 lain…

Tq Allah

#runnerRG

Leave a Reply