RM0.00
Ah long dengan ayah

En RG saya nak settle hutang ah long yang saya buat masa nak hantar anak saya belajar di University baru2 ni.. Saya cagar tapak rumah yang kami duduk sekarang – Client

Allahu.. Antara isu yang agak kerap saya jumpa buat saya sebak.

Buat tatapan anak2.. bila anda dah berpeluang belajar di menara gading dan menggengam segulung diploma dan ijazah.. Ingatlah ibu bapa anda @ mungkin Penjaga anda atok.. nenek.. Pak sedara.. Mak sedara.

Mungkin anda tak tahu dimana mereka mendapatkan pinjaman hanya kerana ingin membuatkan anda mampu belajar di University.

Kenang jasa mereka…jangan sakit hati mereka kerana anda mungkin tak sedar berapa banyak chetty.. Berapa banyak pajak gadai yang mereka masuk.. Berapa banyak tangga bank yang mereka terpaksa panjat berapa banyak koperasi yang mereka terpaksa hubungi hanya untuk sejumlah duit bagi melihat anda menjadi insan terpelajar dan berilmu.

Bersyukurlah kerana anda ada mak abah atau penjaga yang bertanggungjawab dan menyayangi anda. Belajar bersungguh2 dan jadilah insan berguna Jangan sia2kan harapan mereka hanya kerana ingin melihat anda berjaya didunia dan akhirat.

Tq Allah

#runnerRG
#pakartutuphutang
#ayahRG

*persilakan share sebagai renungan anak2 muda

Leave a Reply