RM0.00
Si tukang cat

Muhasabah diri..

HANYA KERANA SATU LUBANG KECIL

Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu ia pun mengecat perahu tersebut.

Sewaktu mengecat dia menemui sebuah lubang kecil di lambung perahu dan menampalnya diam diam. Selesai mengecat dia terima upahnya dan pergi.

Tak lama berselang pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.

Si tukang cat terkejut dan berkata, “tuan sudah bayar upah saya.. Bayaran ni untuk apa ye”.

“Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana awak sudah menampal satu lubang di lantai perahu milik saya”.

“Tak pe.. Sikit sangat kerja tu Tuan. Tuan tak perlu bagi saya wang banyak macam ni hanya untuk tampal lubang kecil tu.. Saya tolong jer sambil masa mengecat perahu tuan tempoh hari “.

“Mungkin awak tak faham cerita sebenar. . Masa saya minta awak mengecat perahu tu saya lupa nak bagi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu.

Mereka tidak tahu tentang lubang itu sementara saya tidak berada di rumah sewaktu mereka pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu perg, saya jadi sangat risau kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.

“Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat” Lalu saya dapati bahawa awak telah menampal lubang perahu yang bocor itu.

“Awak telah menyelamatkan anak-anak saya”

Yang anda dah buat tu bukan hal kecil untuk saya kerana apa yang awak buat itu asbab terselemat nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak senilai untuk membayar kebaikan awak

PENGAJARAN KISAH INI…

“Teruslah menolong meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap “lubang” yang anda temui. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat”

Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah tapi PASTI AKAN BERBUAH.

“Saat kita berusaha menciptakan sesuatu bermanfaat bagi orang lain kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri.”

Jadilah penerang bagi orang lain. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik apalagi Allah SWT.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar

Terima kasih Allah untuk nikmat kehidupan yang sementara ini.

#runnerRG
#pakartutuphutang
#ayahRG
www.tutuphutang.com
0194058222

* silakan share semoga perasaan kita untuk berbuat kebaikan kepada insan2 sekeliling kita tidak akan padam dari jiwa kita sampai bila2.. Wallahualam

Leave a Reply