RM0.00
Rahsia Bebas Hutang

**Sekadar renungan dari insan bernama RG**

Tahukah anda rahsia bebas hutang ada di tunjukkan dalam amalan2 solat fardu kita.

Dalam amalan solat ada banyak fadhilat untuk buatkan seseorang berjaya dalam hidup

Fadhilat 1 – persediaan

Dalam amalan solat di wajibkan kita bersolat dalam keadaan bersih dan berwudhu begitu juga dalam kehidupan semua perkara kita perlu siapkan persediaan dan perancangan yang baik

Fadhilat 2 – Niat

Dalam setiap solat ada NIAT yang khusus mengikut kategori solat – begitu juga dengan kita dalam kehidupan perlu ada niat yang jelas dalam satu2 gerakkerja supaya kita mudah menyelesaikan urusan kehidupan kita mengikut niat yang dah ditanamkan dalam hati. Tanpa Niat yang jelas sukar sesuatu urusan kehidupan kita selesai dengan sempurna. Niat dalam solat adalah membawa maksud dalam kehidupan kita perlu fokus.

Fadhilat 3 – Sabar

Solat mendidik kita sifat sabar contohnya Tomaqninah dalam solat yang mendidik kita sabar untuk selesaikan solat. Begitu juga dialam kehidupan jangan lakukan sesuatu perkara terburu2 kerana perkara yang kita lakukan secara terburu2 tidak akan memberikan hasil yang sempurna.

Solat juga dipecahkan kepada 5 solat fardu yang dilakukan sehari semalam untuk melengkapkan kehidupan seharian seseorang begitu juga dengan kehidupan perlu ada sabar untuk meningkatkan kehidupan yang selesa perlu ada sabar dan dilakukan satu persatu.

Fadhilat 4 – Tertib @ rukun solat

Solat fardu ada 13 rukun yang menjadi panduan untuk berbillion umat Islam diseluruh dunia menunaikan ibadah solat begitu juga dalam kehidupan setiap perkara perlu ada tertib dan rukun. Rukun berkeluarga.. Rukun bebas hutang.. rukun bermasyarakat. Setiap perkara yang dilakukan mengikut tertib dan rukun akan membuatkan kita mampu menyelesaikan urusan kehidupan kita dengan sempurna.

Banyak lagi fadhilat solat yang boleh kita terapkan dalam kehidupan sebenar.

Mungkin ini juga kenapa di katakan

SOLAT ADALAH TIANG AGAMA UMAT ISLAM

Nak TutupHutang dan nak dapatkan kehidupan yang tenang?
Minta dengan Allah swt kerana dia Maha Pemberi. Bebas hutang juga adalah rezeki dari Dia.

Nak bebas hutang tapi malas solat dan malas memohon dalam usaha dan doa bersungguh2 dengan Dia payahlah hutang nak settle.

Allah swt adalah pemegang rezeki kita semua.. Jadi jangan jemu minta dengan Dia dalam tadahan tangan kita dan dalam sujud kita padaNya.

#BMF

Wallahualam..

#runnerRG
#pakartutuphutang

Pakar Tutup Hutang

Leave a Reply