RM0.00
Rahsia Air Balang

Masa RG duk menung sorang2 sambil berlagak acah2 model.. RG dapat satu call dari sorang hamba Allah

Katanya beliau dah bebas hutang PL RM60k.

Bila RG minta kenalkan diri barulah RG teringat kisah beliau dah hampir setahun berlalu.

Masa tu beliau kena buang kerja sebagai pekerja di sebuah kilang.

Dengan tak punyai rumah serta isteri yang tak berkerja..masa tu RG masih ingat beliau agak tak kereuan memikirkan kehilangan pekerjaan dan seterusnya hilang punca pendapatan.

Hutang PL beliau masa kena berhenti kerja RM60k buat beliau lagi tertekan.

Kekuatan yang RG tengok ada pada beliau adalah tubuh badan yang sihat + isteri yang setia + sejumlah simpanan RM2k + masa

Jalan keluar untuk bebas hutang masa tu yang RG cadangkan pada beliau adalah buat bisnes air balang. Ini kerana dengan aset tubuh badan dan modal RM500 beliau dah boleh mula buat bisnes tersebut.

Alhamdulillah.. Bisnes air beliau dapat sambutan baik dengan kutipan bersih harian sekitar RM800 sehari @ average RM20k sebulan.

Tak lama lagi katanya.. Beliau akan buka lagi 2 cawangan baru dengan harapan mampu membuka peluang pekerjaan pada belia sekaligus menambah pendapatan yang sedia ada.

Mengakhiri perbualan beliau sempat habaq kat RG ” nasib baik saya kena buang kerja dulu kalau tidak sampai bila2 saya tak kan mula berniaga”

” sebaik perancangan kita.. Perancangan Allah lebih sempurna dan jangan sekali bersangka buruk dengan Dia yang penting kita kena usaha.. Doa dan Tawakal kepadaNya ” balas RG ringkas.

” dan jangan asyik fikir nak bebas hutang hanya perlu dengan buat loan baru.. Modal yang besar yang Allah dah berikan pada semua orang adalah AKAL.. Gunakan dengan bijak ”

Tq Allah

#runnerRG
#pakartutuphutang

Pakar Tutup Hutang

*sila share sekiranya bermanfaat untuk mereka2 yang rasa down

Leave a Reply