RM0.00
PESANAN UNTUK SEORANG KETUA DAN BAKAL KETUA

PESANAN UNTUK SEORANG KETUA DAN BAKAL KETUA

Menjadi ketua, harus profesional. Ada masa perlu tegas namun tidaklah sampai berkeras. Mendengar pandangan itu perlu, namun harus bijaksana menilai dan membuat pilihan.

Jika ada cakap-cakap belakang atau kritikan jangan cepat melenting. Itu petanda anak-anak buah mahukan yang terbaik meskipun sukar. Jangan suka marah-marah kerana marah akan menghilangkan bijaksana.

Jangan cepat menghukum sebaliknya dengari suara daripada dua belah pihak. Jangan sekali-kali percaya pada orang yang suka dan kerap sangat mengadu. Itu petanda mereka sedang menyembunyikan keburukan diri.

Jangan buat keputusan ketika sedang marah. Janganlah pula suka berubah-rubah keputusan kerana itu akan menghilangkan kepercayaan orang kepadamu. Juga akan melenyapkan kredibiliti kerana pendirian yang goyah petanda lemahnya kebolehan mentadbir. Layani semua orang sama adil.

Jangan tunjuk pilih kasih. Jika selalu orang yang memberi salam, tak salah sesekali dirimu pula memberi salam.

Janganlah menjaja kerahsiaan orang kepada orang lain kerana itu petanda dirimu manusia yang tidak boleh dipercayai. Simpan rapat rahsia anak buah.

Jangan malukan anak buah dikhalayak ramai. Perbuatan itu mengundang rasa benci orang kepada kamu. Ingatlah, kejayaan kamu tidak akan dikecapi tanpa kerja keras anak-anak buah. Hargai sesiapapun.

Jangan sekali-kali menindas. Jika tak mampu bertindak rasional dalam banyak perkara, pilihlah menjadi orang biasa. Jika diteruskan, kau akan hidup dalam kejian dan kutukan yang tidak akan mententeramkan dirimu yang sering kekalutan.

Akhirnya, kau akan jatuh sakit dan tiada seorangpun sudi berziarah. Apabila pencen kelak, berselisih bahu pun orang tak mahu tegur. Tika itu, kau akan menyesali betapa persahabatan lebih penting daripada kekuasaan yang pernah kau agungkan.

Sekadar renungan kepada ketua dan bakal ketua.

Mudaha2an ada manfaat

Tq Allah

#runnerRG
#ayahRG
CEO TutupHutang.Com

*bukan senang beb nak pimpin ratusan anak buah banyak sudut amanah yang perlu di titik berat kan.

Leave a Reply