RM0.00
Pengorbanan!

Setiap kali RG tengok note RM10 ni RG akan ingat kenangan wife selalu bagi setiap pagi masa RG hantar wife pergi kerja satu ketika dulu zaman RG jatuh.

” Abang ada duit tak ni ? ” Ujar si wife

” Ermm.. ” ujar RG

“Ni ada RM10 buat isi minyak dan duit makan sikit ” ujar wife

Masa ni wife pun tanggung banyak perkara dalam perbelanjaan seiisi keluarga.

Setiap kali wife bagi RM10 ..RG akan cium duit tu..huhu

Senario yang berlanjutan hampir 2 tahun.

Akan RG simpan azimat kenangan RM10 ni sebagai kenangan indah sampai mati.

Tq Allah berikan isteri yang sentiasa ada disisi dalam keadaan susah.

#RGPG
#pakartutuphutang
#RGrealstory

1 Comment

  • Tutuphutang.com Team

    ,
    March 23, 2021 @ 7:32 AM

    Sebaenarnya dalam seminggu dua ni..saya banyak dengar luahan isteri yang menyanjungi suami masing2.

    Walau si isteri mempunyai kerjaya yang bagus dan ada suami kerja sebagai guard.. suami meniaga tepi jalan.

    Pada saya kedua2nya sangat hebat.

    Isteri hebat kerana setia kepada suami yang sedang mencari arah hidup.

    Suami hebat kerana sentiasa menyimpan azam untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga.

    Hari ni RG dengar luahan rasa bertuah seorang isteri yang juga pensyarah bertaraf Dr mempunyai suami yang buat 3 kerja sehari.. pemandu teksi + jual air balang + kerja partime kat stesen minyak.

    RG bagi tau si isteri

    Biar laki kita tak kaya..selagi si suami bersungguh2 berusaha mencari rezeki halal. Jagalah suami tu elok2 hormati dia.

    Terkadang rezeki suami belum sampai untuk berikan kesenangan dalam bentuk harta benda. Tapi kesungguhan seorang lelaki yg bernama suami mencari rezeki menunjukkan suami tersebut sangat sayang pada keluarganya.

    Wallahualam

Leave a Reply