RM0.00
Mendidik masyarakat menyelesaikan hutang

Bismillah..

Salam sejahtera..

Mesti ramai yang tertanya kenapa saya beria galakkan masyarakat selesaikan hutang dengan segera.

Baiklah.. Sebagai insan yang bakal menjejak usia 50 tahun bulan April 2021 dah terlalu banyak asam garam yang saya lalui Sepak terajang dalam hidup dan pernah melalui zaman bergelut dengan hutang serta hampir muflis.

Cuma apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk menebus kesilapan masa lampau saya. Terlalu banyak sikap kurang baik yang telah saya lakukan waktu lalu yang merugikan dan boleh diambil iktibar oleh insan lain khususnya adik-adik.

Sikap tak baik saya masa dulu yang jangan sekali anda ikut adalah

1. Degil dan tak dengar nasihat
2. Malas Belajar
3. Suka ambil lewa sesuatu perkara
4. Suka bertangguh
5. Suka bazirkan masa dengan sia-sia
6. Engkar arahan
7. Kurang amanah
8. Tak jaga kewangan
9. Suka dengar kata orang lain

Dan banyak lagi.

Saya harap dengan cara saya sharing tips kehidupan kepada masyarakat mampu menebus kesilapan lalu saya dan membuatkan anda jadi lebih baik dari saya dalam memiliki kehidupan yang TENANG.

Pada usia 49 tahun saya dah memiliki apa yang saya perlukan dalam hidup walaupun tak kaya harta.. Walaupun saya bukan multi millionare walaupun saya bukan billionaire tapi Allah berikan saya ketenangan dan kelapangan fikiran seterusnya kaya dengan MASA.

Untuk tanggungan Hutang.. Saya dah bebas hutang secara total selepas bergelut dengan pelbagai cara sejak sekian lama.

Sampai diusia sekarang saya dapat rumuskan.. Kalau kita bijak urus masa.. Kita tak perlu pun hidup dalam keadaan berhutang. Ada caranya kalau kita faham dan teliti satu persatu tertib dan rukun bebas hutang.

Saya boleh jer deactivate acct fb saya dan buat hal sendiri dengan kehidupan sendiri tapi saya rasa amat bersalah jika saya tak berusaha untuk berkongsi tips kehidupan kepada insan lain generasi baru.

Semoga dengan sisa masa yang masih berbaki dalam hidup saya dapat lakukan sesuatu untuk anda kat luar sana untuk saya menebus kesilapan masa silam saya.

Kaya harta benda belum pasti membuatkan kita tenang tapi dengan ketenangan InsyaaAllah kita mampu menjadi kaya di dunia dan akhirat.

Wahai Allah.. Terimalah ianya sebagai amal ibadah dari ku di hujung usiaku ini.. Aamiin

Saya doakan anda semua mendapat ketenangan dalam hidup lebih pantas dari saya dan mati dalam TENANG & IMAN.. Hasbunallah wa’ ni’mal wakiil.. Aamiin2 Ya rabbalalamin

#runnerRG
#sifakirRG

1 Comment

Leave a Reply