RM0.00
Harta tidak menjamin ketenangan

Satu hari RG terima panggilan sorang

” Assalamualaikum En RG.. saya ni MR Y ..ingat lagi tak ..saya yang En RG bantu ejaskan bina banglo 2 tahun lepas.. ” – ujar suara di phone

” Waalaikumsalam.. ye2 saya ingat ..kenapa tu tuan ada apa2 masalah dengan rumah tu ke ? ” Tanya RG

” Bukan ada masalah.. tapiii … ” Ujar Mr Y tersekat seperti ada sesuatu yg buat beliau tak terluah

” Allahu.. kenapa ni tuan..ada masalah hutang ke ? ” tanya RG untuk kepastian.

“Sebenarnya.. saya hilang sesuatu yang indah dalam hidup saya ” ujar beliau sebak

“Apa yg hilang tu..? ” RG masih keliru

“Sebemarnya tuan ingat tak..sebelum saya buat banglo dengan tuan saya duk rumah flat.. walau rumah tu kecil dan sedikit sempit tapi kami sekeluarga sangat akrab dan rapat.. kami bergolek2 depan diruangan tamu sambil tengok tv sama2. Kami makan diruang yang agak terhad sama2.. masa tu kami rasa sangat akrab dan kemesraan tu sangat indah.. tapi bila saya dah buat banglo dan anak2 punyai satu bilik setiap orang..anak2 dah buat hal masing2 dibilik masing2.. saya sunyi dan rasa kehilangan sesuatu dalam hidup saya iaitu KEMESRAAN .. saya rindu kehidupan yang dulu.. ” ujar Mr Y luahkan perasaan..

” Allahu.. ” terkedu RG nak jawap

*Moral of the status : bahagia dan tenang adalah atas apa yang kita rasa dan nikmati bukan atas apa yang kita miliki. Sesuatu yang indah tak semestinya indah. Keindahan adalah atas apa yg kita syukuri nikmat Allah swt.

Tq Allah

#RGPG
#runnerRG
#pakartutuphutang

Leave a Reply