RM0.00
Bunuh diri sebab hutang

Masa duk lepak2 tetiba phone saya berbunyi dengan lagu caliph Buskers – Hanya NamaMu

“assalamualaikum.. Ni en Radzi ke?” sayup2 saya dengar suara di hujung corong phone saya.. Tak berapa clear mungkin sebab line tak berapa OK.

” waalaikumussalam.. Ye saya” jawab RG ringkas

” huhuhuhuhu…” suara seseorang nangis

“adehh.. Awat pulak dah ni..” getus RG dalam hati ( RG sensitif dengar orang nangis)

” saya sekarang dalam perjalanan ke Jambatan pulau Pinang..” jawab insan dalam corong phone saya.. perlahan sambil nangis yang belum berkesudahan

” ohh.. Best tu.. Nak g mancing ke.. ” balas RG buat lawak yang tak berapa cerdik untuk cool kan sipemanggil

” bukan en radzi.. Nama saya Ijo.. Saya ada masalah hutang yang kronik.. Saya dah tak tahu nak settlekan camne.. Keluarga saya pun dah halau dan buang saya.. saya rasa pilihan terbaik saya saya nak pi Bunuh diri..” jawab sipemanggil tersekat2 sambil luahkan perasaanya

” Allahuakbar.. Kes berat ni.. ” bisik RG dalam hati

” jadi encik Ijo nak gi Bunuh diri kenapa call saya? ” provoke RG untuk harapkan sipemanggil dapat luahkan perasaan yang sebenar

” saya selalu follow en Radzi kat fb.. Tapi saya tau en Radzi tak mampu bantu selesaikan hutang saya sebab terlalu besar ” balas Ijo dengan membuat andaian sendiri

” jadi awak rasa dengan Bunuh diri hutang awak akan selesai ke?”. Tanya RG selamba

” ye.. Ini pilihan terbaik yang saya boleh fikir sekarang ni.. ” balas Ijo penuh yakin

” saya nak Tanya awak satu perkara.. Awak dah banyak hutang kat dunia.. Awak Bunuh diri.. Awak akan berhutang pulak dengan Allah swt.. Awak tak rasa rugi ke awak rugi didunia dan akhirat ” RG memulakan tarbiah

” Biarlah ” jawab Ijo ringkas

” awak tak teringin masuk syurga ke? ” RG provoke lagi

” sapa tak teringin en radzi.. Mesti la saya nak? ” balas Ijo dengan nada suara yang agak tenang

” camni lah.. Hidup kita kat dunia ni hanya sementara.. Awak Bunuh diri atau tidak.. Awak dan saya akan tetap mati.. kalau kita miskn didunia ianya bukan menjadi satu kerugian selagi kita berusaha.. Mungkin rezeki kita belum sampai.. Tapi kalau kita miskin akhirat kita dah tak de ruang untuk berpatah balik ” tarbiah RG lagi

” saya nak masuk syurga ” slow jer Ijo luahkan perasaan

” awak tahu tak Bunuh diri kita tak cium bau syurga.. Jangan kata nak masuk syurga” balas RG secara lembut dan cara2 orang yang tak berapa Alimi bab Agama ( RG tau pun part ni sebab teringat Guru Agama selalu sebut)

” saya tak tahu en radzi.. Jadi en radzi rasa tak patut ke saya Bunuh diri..” balas ijo

” ikut awaklah kalau awak tak nak cium langsung bau syurga dan awak rugi didunia dan akhirat” balas RG ringkas dan jual mahal

“huhu.. Kalau saya hidup hutang saya banyak.. Saya tak mampu nak settle semua hutang saya kat bank” balas ijo

” laaa.. Nak susah apa.. Kalau hutang dengan bank awak banyak.. Awak pergi jer kat insolvensi awak buat permohonan self bankruptcy.. Nanti bank dah tak boleh kejar awak untuk suruh bayar hutang” terang RG ringkas

” laaa.. Ye ke en Radzi.. Senang camtu jer” balas Ijo sedikit terkejut

“ye betul.. X caya cuba pergi ke insolvensi.. Tanya kat pegawai di Jabatan Insolvensi” RG provoke lagi.. Nampak jarum RG dah mula mengena

” kalau camtu punya senang.. Tak jadilah saya nak Bunuh diri..” balas Ijo dengan nada sedikit ceria

” Hidup ni mudah.. Kenapa kita nak semakkan kepala dengan perkara2 mengarut” ucap RG penuh yakin

” baik en Radzi esok juga saya akan gi ke insolvensi.. Saya postpone dulu lah nak Bunuh diri” ucap Ijo dengan nada penuh yakin

” tak yah nak Bunuh diri segala bagai.. ramai jer orang hutang berjuta2.. Habis kuat pun kena istihar muflis jer.. Bukan kena hukum gantung sampai mati.. Ramai jer yang muflis hidup bahagia kat dunia ni. lagi bahagia dari yang tak muflis” balas RG

” alhamdulillah.. Lega saya dengar.. Terima kasih En radzi berikan saya semangat dan keyakinan.. Tq2 en radzi…. Terima kasih En radzi” balas ijo

” Sama2.. Nanti lepas gi insolvensi maklum saya semula untuk respond dari insolvensi” balas RG untuk pastikan en Ijo tak teruskan niat beliau untuk Bunuh diri

Sekarang en Ijo dah jadi manusia normal tapi nama beliau masih dalam kategori Muflis at least pada RG WALAU BELIAU MUFLIS DIDUNIA.. TAPI SETIDAK2NYA BELIAU TAK MUFLIS DI AKHIRAT.. InsyaaAllah.

Tq Allah

#runnerRG
#pakartutuphutang

* sila share sekiranya punya moral yang baik

1 Comment

Leave a Reply