RM0.00
Bossku

KISAH BOSS

Boss bangun tidur boss akan ingat syarikat yang dikepalainya.

Boss akan fikirkan nasib masa depan kakitangannya.

Boss akan sentiasa fikir duit dalam akaun Syarikat cukup ke nak bayar gaji kakitangan bulan ni.

Boss sentiasa fikir tentang kebajikan kakitangan socso.. Epf.. Insurance.. Keselesaan tempat kerja.

Boss sentiasa fikir bagaimana nak bagi staff gaji dan income yang banyak supaya mereka happy.

Boss cuba fikir mana nak cekau bisnes supaya gaji kakitangan tak miss setiap bulan.

Boss akan fikir pula camne nak cari untung pasal nak bagi share holder punya profit setiap tahun.

Boss kena ke depan setiap kali bila ada isu melibatkan undang2.. Nasib tak baik boss bakal berhadapan hukuman penjara.

Boss kena siang malam fikir untuk bina hubungan baik dengan semua pihak dari sekecik2 perkara waima berurusan dengan runner sampai la ke peringkat urusan dengan ketua Kementerian dan ada kadangkalanya Menteri.

Boss kena pastikan hubungan baik dengan rakan kerjasama diluar negara kekal terjalin dengan baik.

Boss orang yang paling awal kedepan bila kakitangan diattack oleh pelanggan yang kadangkala hilang akal dan pertimbangan.

Selepas semua diatas selesai boss uruskan.. Saki baki masa dan duit yang ada.. Barulah boss boleh ambil sikit selepas di tolak dengan bayaran Zakat.

Itu pun kalau ada.. Kalau tak ada baki lebihan selepas semua perkara diatas untuk ke Sekian kalinya boss kena ikat perut lagi.

Kalau tak cukup.. Untuk bulan2 akan datang boss kena fikir mana nak pinjam duit untuk bayar gaji staff.

Itulah “Sisi Sedih ” seorang insan yang bernama BOSS sebelum boss di jemput Illahi.

Tq Allah

#runnerRG
#pakartutuphutang

Leave a Reply