RM0.00
Bolehkah?

Sesi Belajar Tatabahasa.

Petang ni RG nak share satu rahsia penggunaan tatabahasa untuk anda dapat jawapan yang tepat dalam satu2 permasalahan.

Biasanya ramai masyarakat akan bertanya dengan soalan berikut sebagai contoh untuk isu beli rumah

Contoh

BOLEHKAH saya buat loan beli rumah jika nama saya blacklist?

Jika anda menggunakan ayat bolehkah.. Anda telah meletakkan diri anda cenderung mendapat jawapan yang anda akan annoying. Sebab mereka yang menerima soalan sebegini boleh menjawab

Jawapan : Boleh.. dengan syarat anda bersihkan terlebih dahulu status blacklist anda.

Sudah pasti ini bukan jawapan yang anda inginkan. Akan tetapi dari pemerhatian RG selama hampir 10 tahun inilah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita.

Sewajarnya soalan yang baik untuk kita mendapat jawapan yang lebih spesifik adalah seperti berikut

Jawapan : BAGAIMANAKAH saya mampu buat pinjaman membeli rumah dalam keadaan nama saya yang telah di senarai hitamkan oleh bank??

Perbezaan dua soalan diatas bagaimana kita guna perkataan pertama dalam melontarkan soalan iaitu antara BOLEHKAH & BAGAMANAKAH

Rumusan pelajaran hari ini dari saya adalah

Gaya soalan yang betul akan mendapat jawapan yang lebih spesifik dan tepat.

Selamat beristirehat di hujung minggu.

Wallahualam

#runnerRG
#pakartutuphutang

Pakar Tutup Hutang

Leave a Reply