RM0.00
Ayah Haji

Pada satu hari saya sempat diberikan waktu oleh sorang ahli koporat yang telah bergelar haji untuk mengeteh.

Saya ambil kesempatan ini untuk mengenali dengan lebih dekat sikap dan semangat beliau yang telah bergelar multimillionaire tapi sangat rendah diri.

” ayah haji saya lihat sangat berjaya sekarang.. Saya sangat berbangga ada usahawan melayu macam ayah haji..” saya bahasa kan diri beliau sebagai ayah haji.. Sebab panggilan manjanya

” kenapa Radzi tanya camtu?” balas ayah haji

” ye la saya tengok ayah haji baru beli bangunan RM50j di Kl.. Bisnes ayah haji ada 30 cabang.. Usia ayah haji dah nak masuk 65..ayah haji tak rasa letih ke?” Tanya saya nak korek rahsia ayah haji

” Radzi.. Ayah haji buat bisnes ni kerana Allah swt..” balas ayah haji ringkas samb suap cebisan roti canai cicah kuah ikan kari ke mulut dia..

” apa maksud ayah haji? ” sambil saya jamah mee goreng mamak ke dalam mulut

” kalau kita berniaga kerana nak kaya.. Bila kita dah ada kereta besar.. Rumah besar.. Duit banyak.. Kita akan cepat rasa puas.. Tapi kalau ayah haji buat bisnes kerana Allah swt ayah haji boleh bayar zakat..sedekah.buka peluang pekerjaan kepada anak2 bangsa.. Boleh bantu masyarakat Islam di luar negara yg kesusahan ” balas ayah haji

Bedebokk.. Macam rasa kena penumbuk sebiji kat muka RG.. Tersedar kejap

” Allahu.. Betul la kan ayah haji.. Kalau kita Niat berniaga kerana Allah kita tak kan rasa cepat puas bila kita dah dapat apa yg kita hendak dan kita tak akan cepat putus asa jika gagal” balas RG nak terangkan RG faham maksud ayah haji

” ye.. Buat kerja kerana Allah taala kita akan faham maksud redha” tambah ayah haji

Tq Allah Tq Ayah Haji

  1. #runnerRG
    #pakartutuohutang
    www.tutuphutang.com

Leave a Reply